Posts

HALAQAH

Kepentingan Halaqah!!! Halaqah👉🏻Jalan kepada proses pentarbiahan 1)Dapat motivasi yang konsisten untuk amalkan Islam secara terus-menerus dan pengamalan Islam merupakan tunjang yang diutamakan dalam Islam. 2)Memiliki sistem Tausiyah(saling menasihati) yang insentif dan padu.Peserta dirangsang untuk beramal soleh & berakhlak mulia serta diingatkan supaya tidak melanggar syariat.Halaqah lebih mampu dalam mencetak keperibadian muslim yang tawadduk & istiqmah dalam menghidupkan suasana Islam dalam menjalani kehidupan. 3)Mementingkan semua aspek iaitu:ruhi,amali,fikri diajarkan Islam secara keseluruhan dan meliputi aspek kehidupan maka iman yang diasah insyaallah akan bebas dari pengaruh jahiliah "Hai orang-orang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan..." (2:208) 4)Saranan pengaplikasian nilai2 ukhwah yang paling efektif dan dapat merasai kemanisan ukhwah dek kerna sistem dalam kumpulan yang kecil. 5)Merupakan medan anggota dakwah yang tersusun r

Kenapa Tadabbur dan Muhasabah?

Kenapa kami pilih tadabbur dan Muhasabah? Ini kerana kita ingin memahami al Quran apabila kita membacanya dan mengambil ibrah daripadanya. Bukanlah hanya kita baca dan langsung tidak mengambil ibrah. Dan kita juga akan memaparkan sedikit sebanyak ayat ayat yang dapat memuhasabahkan diri kita kembali agar kita sentiasa ingat kepada Allah. Ya memang dalam kehidupan seharian pasti ada kita lalai dengan keduniaan. Jadi, kita saling ingat mengingati walaupun benda yang simple kerana kadangkala benda yg simple tulah kita lupa. Kita muhasabah bersama sama 😊 Bagi yg tidak tahu apakah maksud tadabbur itu. Asy-Syaikh Ibnu Katsir mendefinisikan tadabbur sebagai berikut: التَّدَبُّرُ هُوَ : (( تَفَهُّمُ مَعَانِى أَلْفَاظِهِ ، وَ التَفَكُّرُ فِيْمَا تَدُلُّ عَلَيْهِ آيَاتُهُ مُطَابَقَةً ، وَ مَا دَخَلَ فِى ضَمْنِهَا ، وَ مَا لاَ يَتِمُّ تِلْكَ الْمَعَانِى إِلاَّ بِهِ ، مِمَّا لَمْ يَعْرُجِ اللَّفْظُ عَلَى ذِكْرِهِ مِنَ اْلإِشَارَاتِ و التَّنْبِيْهَاتِ ، وَ انْتِفَاعُ الْقَلْبِ بِذَلِكَ بِخُشُ

Perjuangan dakwah

"Perjuangan dakwah. Sama ada aku akan mati kerananya atau aku yang akan memenangkannya!" . . Mungkin ramai yang akan memandang pernyataan ini sebagai pernyataan puak ektrimis, pelampau Islam, pengganas dan sebagainya sehingga umat Islam sendiri takut dan menikus daripada melaungkan dan melantangkannya. Padahal ia langsung tidak berkaitan pada asas dasarnya. Bahkan perlu untuk kita sedari, ia adalah satu semangat yang diwariskan Rasulullah SAW, para sahabat, dan generasi seterusnya. Untuk menyampaikan risalah tauhid, menhapuskan kejahilan, membawa cahaya kebahagiaan, mengaplikasikan sistem kehidupan ad-din (cara hidup) yang kaffah dan syumul (menyeluruh) datang daripada ALLAH SWT. Inilah nilai yang mulia dan tertinggi lagi memuliakan dan meninggikan maruah umat. Namun masih ramai orang Islam sendiri cuba untuk dalihkan dan sembunyikan dengan alasan yang tidak munasabah. Jika kita masih tertanya-tanya kenapa Islam hari ini masih dihina dan dipijak-pijak oleh taghut dan ka

Sindiran Allah terhadap orang yg mengaku ahli Syurga

قُلْ إِنْ كَانَتْ لَكُمُ الدَّارُ الْآخِرَةُ عِنْدَ اللَّهِ خَالِصَةً مِنْ دُونِ النَّاسِ فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar". 2:94 Asbabun Nuzul (Al Baqarah 94) Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir bahawa kaum Yahudi berkata, "Tidak akan masuk syurga kecuali penganut agama Yahudi." Oleh itu, Allah menurunkan ayat ini sebagai sindiran  kepada orang orang yang mengaku ahli syurga.

Haraj

Abi Hurairah RA berkata, "Rasulullah SAW bersabda, 'Hari kiamat semakin dekat, ilmu akan dicabut, fitnah akan banyak muncul, sifat kedekut akan bermaharajalela, dan banyak terjadi haraj.' para sahabat bertanya, 'Apakah haraj itu?' Rasulullah SAW menjawab, 'Haraj bermaksud pembunuhan. " (Riwayat Muslim no. 4827)

Ramai memerlukan kita.

Buat pemuda pemudi di luar sana, sedarkah kita umat sedang tenat? Dalam bidang apa pun anda, jadilah yang terbaik. Dalamilah ilmu agama sebagai benteng dan penanda aras. Asahlah kemahiran. Raih dan peganglah dunia,namun jadikan akhirat sebagai matlamat. Masyarakat sangat berhajatkan anda2 yang diberi kelebihan memahami agama ini. Usahlah sembunyikan diri. Kerana kita hidup bukan hanya sebagai abid, kita juga adalah khalifah. 'Dan ketika tuhan berfirman kepada malaikat, Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.' -al baqarah ayat 30- follow fb page Lukis2 Academy

Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan

Dalam riwayat al Bukhari, drpd Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya." Seorang sahabat yang mulia, Saad bin Abi Waqas bercerita "Kami sedang  duduk di sisi Rasulullah SAW. Secara tiba tiba baginda bersabda: Mahukah kamu sekalian aku beritahu mengenai satu perkara, yang mana jika seseorang  ditimpa kesusahan atau bencana daripada bencana dunia, lalu dia berdoa dengannya, akan dilepaskan daripada kesusahan itu? "Mendengarkan sabda Baginda itu, lantas kami menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Seketika kemudian, Baginda bersabda : Itulah doa Zun-Nun(Nabi Yunus AS) " (Riwayat Al-Hakim) Maksud sabda baginda itu ialah doa yang bermaksud" Tiada tuhan melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku daripada orang yang menzalimi diri. " Doa dan tasbih itu Nabi Yunus AS membacanya ketika berada dalam perut ikan yang menelannya. Berkat usaha